5.2 Indikator Moving Average (MA)

 5.2 Indikator Moving Average (MA)

Indikator Moving Average(MA) bererti Pergerakkan Purata bagi tempoh masa tertentu, di mana tempoh tertentu itu tergantung pada Time Frame yang kita pilih di Platform MT4. Indikator MA ini juga berapa Period yang kita tetapkan.

Sekiranya MA200 pada Time Frame Daily maknanya Pergerakan Purata untuk 200 hari. (Sebatang candlestick mewakili satu hari, maka period 200 bermaksud 200x1hari = 200 hari)

Sekiranya MA50 pada Time Frame H1, ini bermakna Pergerakan Purata untuk 50 Jam. (Sebatang candlestick mewakili satu jam, jadi period 50 bermaksud 50x1jam = 50 jam)

Bagi MA15 pula untuk Time Frame M5, bermakna Pergerakan Purata untuk 75 minit. (Sebatang candlestick mewakili tempoh 5 minit, maka period 15 bermaksud 15x5minit bersamaan 75 minit)

Indikator Moving Average ini akan membentuk satu garisan bengkok, dan macam contoh di atas, ia bergantung kepada Time Frame yang dipilih. Lazimnya analisis mudah menggunakan Simple Moving Average(SMA) ataupun Exponential Moving Average(EMA).

 Kaedah memasukkan MA ke dalam MT4



1. Tekan Klik Insert pada Menu di atas

2. Kemudian, pilihlah Indicators > Trend > Moving Average


 Setkan Moving Average Anda

 

 Menggunakan MA sebagai Support dan Resistance

Indikator MA yang selalu digunakan adalah SMA 21, SMA 50, SMA 100, SMA 200



Seperti contoh di atas, saya menggunakan warna berikut untuk setiap MA

SMA 21: Hijau

SMA 50: Biru

SMA 100: Merah Jambu

SMA 200: Merah

 

Biasanya Time Frame (TF) yang sesuai digunakan ialah TF H1, H4 dan Daily.

(Misalnya diatas saya menggunakan Daily Time Frame)

 

Ketika garisan-garisan SMA tersebut berada di bahagian atas harga semasa, ia akan menjadi Resistance dan apabila berada di bahagian bawah harga semasa, ia akan menjadi Support.

 

Kita boleh lihat, apabila harga semasa perlukan banyak hari, iaitu 4 batang Candlestick Daily untuk menembusi (breakout) garisan SMA 21, dan SMA 21 tersebut dari menjadi Resistance menjadi Support pula.Kelihatan seolah-olah Candlestick berdiri cantik di atas garisan SMA 21, agak sukar untuk tembus ke bawah. Jadi apabila harga ke atas, SMA 50, SMA 100 dan SMA 200 pula akan menjadi resistance.

 

Cara-cara trading : 

Kita boleh gunakan konsep trade pada Support dan Resistance yang dilakarkan oleh SMA yang telah ditetapkan. Contohnya kita boleh masuk order SELL dengan cara scalping, ambil 10-30 pip apabila harga menyentuh SMA utama iaitu SMA 21, SMA 50, SMA 100 dan SMA 200.

Teruskan lagi membaca dengan klik di bawah untuk mempelajari forex trading secara percuma:-

 

Bab 1 : Tentang Forex

1.1 Apakah Itu Forex ?

1.2 Perkara Diperlukan Untuk Trade Forex

1.3 Bezanya Forex & Saham

1.4 Ketahui Matawang Utama Forex Trading

1.5 Waktu Market Dibuka

 

Bab 2 : Kenali Broker

2.1 Cara Pilih Broker Forex

2.2 Ketahui Broker Forex Scammer

2.3 Panduan Nak Buka Akaun Forex

 

Bab 3 : Pasaran Forex

3.1 Ketahui Pasaran Forex

3.2 Cara Kira Lot Volume

3.3 Cara Nak Buy & Sell

3.4 Cara Nak Close Order

3.5 Take Profit & Stop Loss

3.6 Cara buat Pending Order

 

Bab 4 : Cara-cara Analisa Teknikal

4.1 Jenis-jenis Chart

4.2 Kenali Candlestick

4.3 Apakah  itu Time Frame?

4.4 Apa itu Bentuk Market?

4.5 Ketahui Support dan Resistance

4.6 Cara Trade Guna SnR

 

Bab 5 : Cara Tengok Indikator Asas

5.1 Indikator Bollinger Band (BB)

5.2 Indikator Moving Average (MA)

 

Bab 6 : Cara-cara Analisa Fundamental

6.1 Apakah Analisis Fundamental?

6.2 Isu-isi tentang Interest Rate

6.3 Membaca Kalendar Ekonomi

 

Bab 7 : Mengurus Risiko Trading

7.1 Cara Kawalan Emosi dan Psikologi

7.2 Membuat Money Management (MM)

 

 


No comments:

Post a Comment

FXWIREPRO: GBP/NZD NEUTRAL DALAM JANGKA MASA TERDEKAT, SKOP UNTUK MENURUN SEMULA 26 Oktober 2021, 01:38

• GBP/NZD merosot pada hari Isnin kerana permintaan untuk dolar kiwi sensitif risiko meningkat selepas kenaikan harga komoditi •Pasangan itu...