2.2 Ketahui Broker Forex Scammer

 2.2 Ketahui Broker Forex Scammer

Semenjak akhir-akhir ini banyak forex broker yang muncul entah dari mana. Mereka menawarkan aktiviti forex trading. Tetapi pada hakikatnya, hanya sebuah syarikat yang didaftarkan di kepulauan bebas cukai secara maya. Broker ini mempunyai alamat virtual office, tetapi sebenarnya tidak wujud pun office tersebut. Maksudnya office di tempat lain. Rata-rata kebanyakan broker ini digunakan untuk menjalankan operasi Skim Cepat Kaya.

Ciri-ciri yang ada pada broker skim atau broker tipu ini. antaranya adalah sepeti berikut:

 

·         Tidak ada nombor lesen dari badan regulator yang besar seperti diceritakan dalam dalam tajuk sebelum ini

·         Hanya ada alamat virtual office.

·         Menjanjikan dan menawarkan pulangan pelaburan iaitu dikenali sebagai ROI (return on investment), contohnya sebulan 5%-20% tanpa perlu trade, just relax goyang kaki.

·         Menjalankan operasi Multi Level Marketing.

·         Terdapat sistem pairing, kaki kanan, kaki kiri, macam MLM, dan tekankan supaya anda cari orang untuk melabur.

·         Syarikat broker ini hanya terkenal di Malaysia sahaja, tetapi tidak terkenal di rantau Eropah atau lain-lain.

·         Ada leader-leader MLM, mempunyai aktiviti taja menaja dan cari orang.

·         Tidak mempunyai bank luar negara yang kukuh.

·         Cara melakukan deposit atau withdraw diuruskan oleh orang persendirian, dimana kita kena transfer duit ke akaun leader atau ketua tersebut.

 

Maka apa yang perlu anda tahu, anda PERLU HINDARI dari trade di broker semacam ini, jika terdapat rakan yang mengajak anda. Keadaan ini akan menyebabkan proses anda menjadi forex trader sebenar melalui jalan sukar dan cara yang tidak betul.

Maklumat perkara-perkara di atas adalah pengetahuan umum yang anda perlu tahu. Tidak ada jalan bagi jana income melalui forex trading ini,  tanpa kita trading sendiri. Kita kena belajar satu persatu, ilmu analisa teknikal dan fundamental untuk mula jana income dari forex trading dan trade sendiri.

Tidak ada istilah labur duit dan duduk diam, cuma goyang kaki atau duduk diam dapat duit. Itu hanyalah mengarut sahaja!!!

 

Baca lagi dengan klik di bawah untuk mempelajari forex trading secara percuma:-

 

Bab 1 : Tentang Forex

1.1 Apakah Itu Forex ?

1.2 Perkara Diperlukan Untuk Trade Forex

1.3 Bezanya Forex & Saham

1.4 Ketahui Matawang Utama Forex Trading

1.5 Waktu Market Dibuka

 

Bab 2 : Kenali Broker

2.1 Cara Pilih Broker Forex

2.2 Ketahui Broker Forex Scammer

2.3 Panduan Nak Buka Akaun Forex

 

Bab 3 : Pasaran Forex

3.1 Ketahui Pasaran Forex

3.2 Cara Kira Lot Volume

3.3 Cara Nak Buy & Sell

3.4 Cara Nak Close Order

3.5 Take Profit & Stop Loss

3.6 Cara buat Pending Order

 

Bab 4 : Cara-cara Analisa Teknikal

4.1 Jenis-jenis Chart

4.2 Kenali Candlestick

4.3 Apakah  itu Time Frame?

4.4 Apa itu Bentuk Market?

4.5 Ketahui Support dan Resistance

4.6 Cara Trade Guna SnR

 

Bab 5 : Cara Tengok Indikator Asas

5.1 Indikator Bollinger Band (BB)

5.2 Indikator Moving Average (MA)

 

Bab 6 : Cara-cara Analisa Fundamental

6.1 Apakah Analisis Fundamental?

6.2 Isu-isi tentang Interest Rate

6.3 Membaca Kalendar Ekonomi

 

Bab 7 : Mengurus Risiko Trading

7.1 Cara Kawalan Emosi dan Psikologi

7.2 Membuat Money Management (MM)

 

 


No comments:

Post a Comment

FXWIREPRO: GBP/NZD NEUTRAL DALAM JANGKA MASA TERDEKAT, SKOP UNTUK MENURUN SEMULA 26 Oktober 2021, 01:38

• GBP/NZD merosot pada hari Isnin kerana permintaan untuk dolar kiwi sensitif risiko meningkat selepas kenaikan harga komoditi •Pasangan itu...