1.1 APAKAH ITU FOREX ?

Bab 1 : Tentang Forex

1.1 Apakah Itu Forex ? 

Forex adalah singkatan daripada perkataan foreign exchange. Maka disebut sebagai FOREX. Apakah yang dimaksudkan dengan forex trading? Forex trading ialah aktiviti perniagaan pertukaran beli matawang. Maksudnya kita berdagang matawang, untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

 

Suatu situasi untuk anda memahaminya ialah, katakan kita ke money changer. Hari ini anda membuat pertukaran dengan harga adalah RM4.40 bagi setiap USD1.00. Anda perlukan RM440 bagi mendapatkan USD100. Katakanlah bulan hadapan nilai USD semakin mahal, iaitu USD1.00 bersamaan dengan RM4.60. Maka dengan itu, jika anda membuat pertukaran USD100 anda, anda akan memperolehi keuntungan, kerana anda akan menerima RM460 dari money changer tersebut. Anda telah membuat untung sebanyak RM20.

 

Kini, pada zaman serba pantas ini, semua aktiviti dilakukan secara online saja. Terdapat platform trading, dimana anda boleh melihat harga naik dan turun matawang. Perkara ini dilakukan dengan cara, anda perlu masukkan duit sebagai modal. Ada butang BUY dan SELL. Gunakan modal anda, bagi masuk dan keluar ke pasaran mata wang (market) mengikut analisa anda, untuk menjana keuntungan.

 

Forex trading ini, dikendalikan secara online melalui platform trading. Kita hanya perlukan komputer/ telefon pintar dan talian internet untuk trade forex.  Pasaran forex ini dibuka 5 hari seminggu dan 24 jam sehari. Bermula dari 5:00 pagi pada hari Isnin hingga pukul 5:00 pagi pada hari Sabtu. Bermakna, anda mempunyai kebebasan untuk trade forex pada bila-bila masa sahaja yang anda rasakan sesuai.

 

Jika anda mempunyai pekerjaan dan berkerja pada pukul 8:00 pagi hingga pukul 5:00 petang, Anda masih mempunyai masa untuk melakukan aktiviti trading pada sebelah malam. Jika anda seorang pekerja shift, pasaran forex dibuka 24 jam sehari. Maka anda tidak perlu risau, pada bila-bila masa sahaja anda boleh trade forex.



Baca lagi dengan klik di bawah untuk mempelajari forex trading secara percuma:-

 

Bab 1 : Tentang Forex

1.1 Apakah Itu Forex ?

1.2 Perkara Diperlukan Untuk Trade Forex

1.3 Bezanya Forex & Saham

1.4 Ketahui Matawang Utama Forex Trading

1.5 Waktu Market Dibuka

 

Bab 2 : Kenali Broker

2.1 Cara Pilih Broker Forex

2.2 Ketahui Broker Forex Scammer

2.3 Panduan Nak Buka Akaun Forex

 

Bab 3 : Pasaran Forex

3.1 Ketahui Pasaran Forex

3.2 Cara Kira Lot Volume

3.3 Cara Nak Buy & Sell

3.4 Cara Nak Close Order

3.5 Take Profit & Stop Loss

3.6 Cara buat Pending Order

 

Bab 4 : Cara-cara Analisa Teknikal

4.1 Jenis-jenis Chart

4.2 Kenali Candlestick

4.3 Apakah  itu Time Frame?

4.4 Apa itu Bentuk Market?

4.5 Ketahui Support dan Resistance

4.6 Cara Trade Guna SnR

 

Bab 5 : Cara Tengok Indikator Asas

5.1 Indikator Bollinger Band (BB)

5.2 Indikator Moving Average (MA)

 

Bab 6 : Cara-cara Analisa Fundamental

6.1 Apakah Analisis Fundamental?

6.2 Isu-isi tentang Interest Rate

6.3 Membaca Kalendar Ekonomi

 

Bab 7 : Mengurus Risiko Trading

7.1 Cara Kawalan Emosi dan Psikologi

7.2 Membuat Money Management (MM)

 

 

No comments:

Post a Comment

FXWIREPRO: GBP/NZD NEUTRAL DALAM JANGKA MASA TERDEKAT, SKOP UNTUK MENURUN SEMULA 26 Oktober 2021, 01:38

• GBP/NZD merosot pada hari Isnin kerana permintaan untuk dolar kiwi sensitif risiko meningkat selepas kenaikan harga komoditi •Pasangan itu...