KENALI BROKER SCAM

 2.2 Ketahui Broker Forex Scammer

Semenjak akhir-akhir ini banyak forex broker yang muncul entah dari mana. Mereka menawarkan aktiviti forex trading. Tetapi pada hakikatnya, hanya sebuah syarikat yang didaftarkan di kepulauan bebas cukai secara maya. Broker ini mempunyai alamat virtual office, tetapi sebenarnya tidak wujud pun office tersebut. Maksudnya office di tempat lain. Rata-rata kebanyakan broker ini digunakan untuk menjalankan operasi Skim Cepat Kaya.

Ciri-ciri yang ada pada broker skim atau broker tipu ini. antaranya adalah sepeti berikut:

 

·         Tidak ada nombor lesen dari badan regulator yang besar seperti diceritakan dalam dalam tajuk sebelum ini

·         Hanya ada alamat virtual office.

·         Menjanjikan dan menawarkan pulangan pelaburan iaitu dikenali sebagai ROI (return on investment), contohnya sebulan 5%-20% tanpa perlu trade, just relax goyang kaki.

·         Menjalankan operasi Multi Level Marketing.

·         Terdapat sistem pairing, kaki kanan, kaki kiri, macam MLM, dan tekankan supaya anda cari orang untuk melabur.

·         Syarikat broker ini hanya terkenal di Malaysia sahaja, tetapi tidak terkenal di rantau Eropah atau lain-lain.

·         Ada leader-leader MLM, mempunyai aktiviti taja menaja dan cari orang.

·         Tidak mempunyai bank luar negara yang kukuh.

·         Cara melakukan deposit atau withdraw diuruskan oleh orang persendirian, dimana kita kena transfer duit ke akaun leader atau ketua tersebut.

 

Maka apa yang perlu anda tahu, anda PERLU HINDARI dari trade di broker semacam ini, jika terdapat rakan yang mengajak anda. Keadaan ini akan menyebabkan proses anda menjadi forex trader sebenar melalui jalan sukar dan cara yang tidak betul.

Maklumat perkara-perkara di atas adalah pengetahuan umum yang anda perlu tahu. Tidak ada jalan bagi jana income melalui forex trading ini,  tanpa kita trading sendiri. Kita kena belajar satu persatu, ilmu analisa teknikal dan fundamental untuk mula jana income dari forex trading dan trade sendiri.

Tidak ada istilah labur duit dan duduk diam, cuma goyang kaki atau duduk diam dapat duit. Itu hanyalah mengarut sahaja!!!

 

Baca lagi dengan klik di bawah untuk mempelajari forex trading secara percuma:-

2.1 Cara Pilih Broker Forex

2.2 Ketahui Broker Forex Scammer

2.3 Panduan Nak Buka Akaun Forex

 

No comments:

Post a Comment

FXWIREPRO: GBP/NZD NEUTRAL DALAM JANGKA MASA TERDEKAT, SKOP UNTUK MENURUN SEMULA 26 Oktober 2021, 01:38

• GBP/NZD merosot pada hari Isnin kerana permintaan untuk dolar kiwi sensitif risiko meningkat selepas kenaikan harga komoditi •Pasangan itu...